Catatan

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

  1.0       PENGENALAN KEPADA UNDANG-UNDANG Undang-undang bermaksud satu set peraturan universal yang konsisten, diterbitkan dengan meluas, umumnya diterima dan kebiasaannya dikuatkuasakan . Secara ringkasnya, undang-undang adalah set peraturan yang ditubuhkan oleh masyarakat untuk mengawal kelakuan dalam masyarakat tersebut. Berdasarkan definisi umum ini, ia boleh digunakan sebagai asas apabila menghadapi konflik dalam organisasi iaitu ketika memilih antara prestasi ekonomi dengan prestasi sosial. Tanpa undang-undang manusia bebas untuk memilih sama ada untuk menjadi manusia yang beretika atau sebaliknya. Oleh itu, undang-undang digubal adalah untuk dijadikan sebagai panduan kepada manusia untuk hidup lebih bermoral dan beretika. Justeru, tujuan tugasan ini adalah untuk menerangkan hubungan antara undang-undang dengan standard moral dan menilai proses-proses pembentukkan undang-undang.   1.1               CIRI-CIRI UNDANG-UNDANG Undang-undang mengkehendaki setiap individu be